Tips


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Exercise...


Saya suka sangat exercise dan bersukan. kalau dulu ketika di kolej setiap petang akan pergi gym, main skuasy, badminton, ping pong and futsal. best sgt!

Tapi sekarang masa tak mengizinkan, dengan kerja tak menentu masa, bila dah penat kerja atau selepas oncall terus masuk tido! dan keesokannya sambung balik kerja. huhu. tapi itu bukan alasan untuk kita tak bersenam.

Di hospital tempat saya bekerja, ada 8 tingkat. instead of naik lift, saya akan gunakan tangga. pernah bertugas di tingkat 8, semput juga nak naik tangga sampai tingkat 8 tu tapi bila ada kesungguhan, mesti boleh kan. ramai kawan sekerja cakap sy ni psycho hahaha tapi tak apalah sy seronok naik tangga. tapi bila emergency tu kena naik lift lah kan. paling best bila waktu oncall, sy memang susah nak tido waktu oncall kerana kejonahan saya, kalau tak jonah pun mesti tak boleh nak lelap sbb terlalu excited! haha. jadi bila oncall, bila kena turun ke tingkat satu untuk ke lab, saya selalu guna tangga. seronok...pagi2 buta tak ada orang, kita lari2 kat tangga.

Kalau pergi shopping mall, semua org berebut nak parking tempat paling dekat dgn pintu masuk kan. sampai ada yang sanggup parking di tempat orang kurang upaya dan bila keluar buat kaki jongket-jongket. macam-macam ragam manusia ni. tapi untuk kesihatan, apa kata kita parking jauh-jauh, lagi jauh, lagi banyaklah kita bersenam :) dan di dalam mall, kita jangan terus shopping, kita pusing beberapa kali dulu haha. sampai sakit kaki. :P

Kita bersenam untuk sihat :), tapi untuk meningkatkan kadar metabolisma kita, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, satu jam setiap kali bersenam. huhuhu, mana ada masa kan. nak settlekan suami, anak2 lagi. memang tak sempat. sebab itu saya pakai Premium Beautiful Corset sebab dia membantu meningkatkan kadar metabolisma saya dengan adanya Far Infra Red rays, yang disulam di corset ini. sy juga mengambil lactolite, untuk memudahkan sistem penghadaman. alhamdulillah...saya semakin bertenaga dan berat badan pun makin berkurang :)

Anda juga boleh mencuba :) selamat bersenam...


H-2-O


Ketika di kolej, teringat seorang rakan karib yang suka minum air suam banyak-banyak. satu hari boleh cecah sampai 2.5L air kosong saja, tak termasuk air berperisa yang lain. saya pula jenis yang sangat kurang minum air. sebotol 500ml tu lah satu hari saya minum, dan air tu mesti air sejuk, kalau air suam sy kurang suka. pelik juga dengan "kebolehan" rakan saya minum banyak air macam tu, air suam pula tu. tapi lebih pelik, sy yang kurang minum air, tapi saya paling banyak buang air kecil. hahaha, terbalik sudah!

banyak fakta2 menyebut kita perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. wahhh banyaknya kena minum!! nanti makin keraplah ke toilet! hehe...

tapi itulah yang lebih baik untuk tubuh badan kita, kerana tubuh badan kita dalam sehari telah kehilangan air 1.5-2.0 liter sehari, jadi kenalah ganti semula air yang dah hilang dari badan kan. elok untuk buah pinggang dan badan jadi segar, dan ada yang mengatakan minum banyak air suam membantu untuk mengurangkan badan. yesza!

oh ye, kalau yang demam panas atau cirit birit serta muntah-muntah, lagi banyak air yang perlu diminum, kalau tak nanti dehydrasi.

seeloknya, kita minum air suam, bukan air sejuk, kalau boleh dapat air zam-zam lagi bagus. ataupun air yang kita nak minum tu, kita baca selawat dulu takpun surah al-fatihah. ada research menyatakan, air membentuk molekul yang cantik bila dibacakan surah-surah ataupun selawat berbanding dengan air yang didengarkan dengan muzik. masyaAllah...sungguh besar kuasa Allah :)

malah ada yang mengatakan air adalah penawar segala penyakit. boleh baca di sini :) http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6495.0

jom kita minum air suam banyak-banyak!!