Saturday, August 6, 2011

menghadapi bulan ramadhan


alhamdulillah dah nak masuk seminggu umat Islam berpuasa...semoga lagi 3 minggu di bulan ramadhan ni, kita lebih berusaha :). di sini ingin saya kongsikan sedikit panduan menghadapi bulan ramadhan, peringatan utk diri sendiri juga :)


SAHUR: bersahurlah selewat yang mungkin, banyakkan minum air kosong.

PUASA: ketika berpuasa, perlu jaga tingkah laku, jaga pandagan mata, kurangkan bercakap, lebihkan berzikir, jaga solat. dan sabar selalu...
lunch hour, ambil masa tu utk tidur selama 15-20 minit sebelum waktu solat zuhur, untuk kembali fresh!

selepas waktu kerja, jika tersekat dlm kesesakan lalulintas, kenalah bersabar. jangan lepaskan kemarahan atau potong jalan! :) Allah sedang menduga kita. pastikan sentiasa ada sebotol air mineral untuk kita berbuka jika tak sempat nak sampai rumah.

kalau pergi bazaar ramadhan pula, janganlah memborong pula ye! beringat-ingatlah dan sentiasa bersederhana.

BERBUKA PUASA: untuk lebih afdal, berbukalah dengan kurma terlebih dahulu. banyakkan minum air kosong. jangan makan terlebih-lebih sampai semput nak bangun dari meja makan. berhenti sebelum kita rs kenyang. :)

TERAWIKH: jangan lupa solat terawikh sama ada secara berjemaah atau secara solo. yang penting niat kita bersolat terawikh untuk Allah Ta'ala.



BACA AL-QURAN: bacalah sebanyak mana yang kita boleh baca, sebab ini adalah buku panduan hidup kita kan :)



MAKAN SUPPLEMENTS: untuk saya, sy gemar meminum maqui berry yang mempunyai anti-oksida paling tinggi dalam buah-buahan. minuman ini menguatkan stamina dan immune system dalam badan. sy selalu minum ketika sahur.


MINUM AIR KOSONG: sekurang-kurangnya, 8 gelas sehari... kalau dapat air zam-zam lagi best!




PAKAI PB CORSETS DAN LACTOLITE: untuk tujuan kesihatan dan juga menguruskan badan. insyaAllah, semoga Dia permudahkan.



No comments:

Post a Comment