Masalah kegemukan di antara rakyat Malaysia semakin membimbangkan...
Statistik daripada Malaysian Shape of Nation menunjukkan, 54% daripada rakyat Malaysia mengalami obesiti dan 62% daripadanya adalah wanita...
Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari, seorang cardiologist daripada IJN mengesahkan kenaikan mendadak penyakit-penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan masalah kegemukan.
Saya sebagai seorang Dr. yang bertugas di hospital kerajaan dan pernah bekerja di bahagian perubatan juga mengakui sebilangan besar pesakit yang datang adalah disebabkan 3 penyakit utama: sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Dan ketiga-tiga penyakit ini bukan sahaja membahayakan tapi turut memberi kesan jangka panjang dalam kehidupan. Sedih melihat apabila kaki terpaksa dipotong, buah pinggang menjadi rosak, lumpuh, mereka terpaksa menelan pelbagai jenis ubat dan perlu kerap berjumpa dengan doktor seumur hidup kerana penyakit-penyakit ini. Banyak wang ringgit dan masa dibazirkan.
Pengalaman ini saya jadikan iktibar dan teruskan usaha untuk membantu dalam mencegah penyakit2 ini daripada membiak di kalangan rakyat Malaysia.